000000
X
PALESTIN
Guru Besar Sekolah Menengah Ditahan Ketika Mengadakan Persiapan Majlis Graduasi
Oleh: Faris Zailani
26 Julai 2022 | 3.50 PM
BAITUL MAQDIS - Tentera Israel telah menahan seorang guru besar  Fadi Hasan Sekolah Menengah Anata di Baitul Maqdis. Beliau ditahan tentera Israel semasa sekolah tersebut sedang melakukan persiapan majlis graduasi pelajar.

Menurut sumber tempatan, Fadi Hasan ditahan sejurus beliau pulang dari Amman melalui Jambatan Al-Karomah. Beliau telah diserahkan kepada pihak berkuasa Israel untuk siasatan. Manakala Mahkamah Israel akan melanjutkan penahanannya sehingga hari Khamis untuk perbicaraan.

Pihak berkuasa Israel telah mengharamkan kandungan terbitan video yang bertajuk “Keluarga Anata” di laman sosial TikTok. Kandungan tersebut menceritakan tentang Masjid Al-Aqsa, walaubagaimanapun saluran Ibrani 13 telah melaporkan kandungan tersebut kepada pihak berkuasa Israel.

Sebagai tambahan, seorang saksi mengaku ternampak tentera Israel menyerbu di bahagian timur laut Bandar Anata pada awal pagi semalam dan menangkap seorang pelajar untuk dibawa  ke pusat tahanan Aufer.

Menurut laman sesawang Kan Al-Abri, polis dan pengawal sempadan akan menutup kawasan Baitulmaqdis timur dan akan mengawal sepenuhnya laluan pintu masuk ke Bandar Anata mulai bulan hadapan. Ini kerana terdapat laporan mengatakan ada kandungan video menghasut anti-semitism yang telah tersebar di wilayah Palestin

Lebih malang lagi, Kementerian Dalam Negeri Israel berkata, “Sesiapa sahaja daripada penduduk kawasan yang menyebarkan kandungan video tersebut di laman media sosial, seluruh penduduk di kawasan tersebut akan dikenakan hukuman tanpa pengecualian”. – Shehab Agency
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,767
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....