000000
X
PALESTIN
7,000 Penangkapan Sepanjang 2022, Dan Tiada Tanda Akan Berhenti
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
1 Januari 2023 | 12.00 tengahari
Sepanjang tahun 2022, rejim penjajah Zionis telah melakukan sebanyak 7,000 penangkapan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza, menurut laporan statistik dikeluarkan oleh Pusat Kajian Hal Ehwal Tahanan Palestin.

Pengarah pusat, Riyadh Al-Ashqar, menerangkan bahawa rejim penjajah Israel menghadapi jumlah penentangan yang tinggi pada tahun 2022 dan keberanian penduduk di Al-Quds dalam menghadapi penindasan juga membawa kepada penangkapan dengan tujuan menghalang dan menakut-nakutkan rakyat Palestin.

Dalam jumlah 7,000 tersebut, majoritinya dibebaskan selepas siasatan atau reman jangka masa pendek, ini termasuk 164 wanita dan kanak-kanak perempuan, dan 865 budak kecil.

Penangkapan pada tahun 2022 juga berlaku keatas berpuluh-puluh pimpinan Islamis dan Nasionalis, termasuklah Pengarah Masjid Al-Aqsa, Syeikh Omar al-Kiswani.

Al-Ashqar juga mendedahkan, pada tahun 2022, rejim penjajah Israel meluaskan lagi penggunaan undang-undang penahanan kepada pengguna laman sosial terutamanya di facebook yang dilihat membawa ancaman kepada rejim penjajah itu. Lebih 410 orang Palestin ditangkap atas alasan menghasut dan sebahagian mereka telah dipenjarakan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,455
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....