000000
X
PALESTIN
108 orang jumlah kematian masyarakat Arab pada tahun 2022
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
31 Disember 2022 | 11.09 malam
Seorang lelaki berusia 62 tahun cedera akibat ditembak di bandar Nahf pada hari ini.

Pasukan pertolongan cemas segera tiba ke tempat kejadian untuk memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum memindahkannya ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Manakala seorang lagi pemuda berusia 20-an terbunuh didalam kejadian tembak menembak di bandar Baqa Al-Gharbia. Kematian ini menjadikan jumlah mangsa pembunuhan  meningkat kepada 108 orang pada tahun ini.

Masyarakat Arab menyaksikan peningkatan jenayah dan keganasan yang drastik dan berterusan sementara itu pihak berkuasa dilihat gagal untuk menangani situasi ini. 

Angka kematian akibat pembunuhan di kalangan masyarakat Arab pada tahun ini telah mencecah kira-kira 108 orang mangsa termasuk 12 orang wanita. Manakala pada tahun 2021 mencatatkan angka yang lebih tinggi iaitu 111 pembunuhan. 

Tembakan di jalanan dan pembunuhan sudah menjadi perkara biasa selama bertahun-tahun di kalangan masyarakat Arab. Mereka hanya menyerahkan nasib mereka kepada takdir sahaja memandangkan kadar jenayah di jalanan semakin meningkat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,597
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....