000000
X
PALESTIN
PBB undi besar-besaran menyokong resolusi minta ICJ beri pandangan mengenai penjajahan Israel
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
31 Disember 2022 | 04.12 petang
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi awal pagi ini menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk memberi pandangan mengenai akibat penjajahan Israel di wilayah Palestin. 

Keputusan undian menunjukkan 87 negara menyokong, 26 menentang, manakala 53 negara berkecuali.

Bercakap di penghujung undian, Pemerhati Tetap Palestin kepada PBB, Riyad Mansour, mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menyokong resolusi itu termasuk semua negara Arab dan Islam serta Rusia dan China.

“Dengan undian itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meminta pandangan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai pencabulan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, penjajahan, penempatan dan pengilhakan yang berlaku sehari selepas pembentukan kerajaan Israel kerana agenda utama mereka ialah pengembangan penempatan,” kata Mansour.

“Kami yakin anda akan menyokong pandangan mahkamah jika anda percaya pada kesahihan antarabangsa dan undang-undang antarabangsa,” tambahnya.

Israel, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman adalah antara 26 yang mengundi menentang resolusi itu. Perancis adalah antara negara yang berkecuali.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,657
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....