000000
X
PALESTIN
Tentera Israel Roboh 950 Rumah Palestin Pada 2022
Oleh: Rusydan Yusup
30 Disember 2022 | 12.49 tengahari
Pasukan penjajah Israel merobohkan 950 rumah rakyat Palestin dan merampas lebih 113,000 dunam (113 kilometer persegi) tanah sepanjang tahun 2022 dalam usaha mengembangkan petempatan haram Yahudi di Tebing Barat Palestin dan Baitul Maqdis Timur yang diduduki, kata sebuah pusat penyelidikan.

Pusat Penyelidikan Tanah, yang beroperasi di Palestin, berkata dalam laporan tahunannya mengenai "Pelanggaran Israel Terhadap Tanah dan Hak Perumahan Palestin untuk 2022" bahawa tentera Israel juga telah membakar, memusnahkan, atau menyerang 18,900 pokok, kebanyakannya pokok zaitun.

Laporan itu menyatakan bahawa 65 daripada rumah itu telah dirobohkan oleh pemiliknya di bawah arahan tentera Israel.

Sebanyak 66 telaga turut dihancurkan selain 3,707 dunam (3.7 kilometer persegi) tanah dan padang rumput.

“Penjajah Israel mengeluarkan 114 rancangan penempatan baharu di tanah Palestin, dan pembinaan bermula di lebih separuh daripadanya dan membina kira-kira 2,220 unit rumah baru untuk pendatang haram Yahudi,” tambahnya.

Pusat Palestin memberi amaran bahawa semua langkah yang dilakukan Israel ini mengesahkan bahawa kerajaan Israel telah memutuskan untuk memusnahkan semua perjanjian dan mengenakan realiti baru di lapangan, menjadikan penyelesaian dua negara mustahil untuk dicapai.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,323
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....