000000
X
PALESTIN
Tentera Israel lancar kempen tangkapan besar-besaran di Tebing Barat
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
29 Disember 2022 | 4.31 petang
Tentera Israel melancarkan kempen tangkapan besar-besaran didalam serbuan mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Tentera telah menangkap seorang lelaki bernama Shuhaib yang telah dibebaskan daripada penjara selepas menggeledah rumahnya di utara Ramallah. 

Tentera juga turut menyerbu kampung Al-Mughir, utara Ramallah dan menangkap seorang lagi pemuda Luay Abu Alia. 

Manakala di hebron, tentera telah menangkap dua orang lagi pemuda iaitu Nasir Al-Rojoub dan Mushir Al-Shatit yang kemudiannya dibebaskan kembali. 

Pada waktu awal pagi pula, tentera telah membuat serbuan di kawasan Beit Zata, utara Hebron. 

Di Beit Umar pula menyaksikan satu pertempuran antara tentera dengan penduduk palestin, seorang remaja dilaporkan mengalami kecederaan parah di dalam peristiwa tersebut. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,966
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....