000000
X
PALESTIN
Perarakan ke pusat pemeriksaan Qalandia tuntut pembebasan mayat rakyat Palestin yang ditahan Israel
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
28 Julai 2022 | 10.07 pagi
Perarakan ratusan rakyat Palestin yang bermula hari ini di kem pelarian Amari menuju ke pusat pemeriksaan Qalandia, selatan Ramallah, bertujuan menuntut pembebasan mayat rakyat Palestin yang dibunuh dan ditahan oleh tentera Israel, diserang sebaik tiba di pusat pemeriksaan, menurut wartawan WAFA.

Ratusan rakyat Palestin menyahut seruan untuk berkumpul di kem pelarian Amari di rumah Nasser Abu Hamid yang meninggal dunia dalam penjara Israel minggu lalu setelah setahun melawan kanser dan mayat beliau disimpan oleh tentera.

Pakyat Palestin kemudian berarak ke arah pusat pemeriksaan antara Ramallah dan Baitulmaqdis untuk menuntut pengembalian mayat Abu Hmaid untuk dikebumikan oleh keluarga dan pembebasan berpuluh-puluh lagi rakyat Palestin yang ditahan oleh Israel selama berbulan dan bertahun-tahun.

Bagaimanapun, sebaik perarakan tiba di pos pemeriksaan Qalandia, mereka disembur gas pemedih mata menyebabkan sesak nafas dan mengganggu lalu lintas di pusat pemeriksaan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,527
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....