000000
X
PALESTIN
Israel buka saluran empangan untuk membanjiri bandar Gaza, musnahkan tanah pertanian
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
27 Disember 2022 | 12.48 tengahari
GAZA – Pihak penjajah Israel memburukkan keadaan dengan menyumbang banjir di bandar Gaza dan kemusnahan tanah pertanian di timur bandar Khan Yunis dan Deir al-Balah, di selatan dan tengah Semenanjung Gaza walaupun hujan lebat membanjiri sebahagian besar Semenanjung Gaza sejak dua hari lalu dengan bertindak membuka saluran di empangan yang terletak di sebelah pagar sempadan Israel.

Wartawan WAFA berkata Israel membanjiri berpuluh-puluh rumah dan ratusan dunum tanah pertanian selepas membuka saluran untuk melepaskan air hujan yang terkumpul ke arah kawasan rendah di bandar dan pekan di Semenanjung Gaza yang dikepung sehingga mengakibatkan kerugian besar harta benda.

Dua hari lalu, tentera rejim juga membuka saluran hujan di timur bandar Deir al-Balah, yang membawa kepada banjir berpuluh-puluh rumah dan tanah pertanian, memburukkan lagi penderitaan penduduk Gaza, berikutan hujan lebat yang turun di Semenanjung Gaza sejak Sabtu lalu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,493
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....