000000
X
PALESTIN
Haniyeh: Trend kerajaan baharu penjajah meletakkan keadaan di atas 'timah panas’
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
29 Disember 2022 | 8.30 pagi
PALESTIN - Ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh, menegaskan bahawa kebangkitan dan perpaduan adalah keutamaan rakyat Palestin dalam menghadapi dasar kerajaan baharu Israel. 

Haniyeh berkata dalam satu kenyataan akhbar pada petang Rabu: "Semua orang harus menyedari bahawa trend politik dan intelektual pemimpin dan kerajaan rejim, terutama kerajaan terkini, meletakkan keseluruhan keadaan di atas timah panas." 

Beliau menambah bahawa penempatan haram itu akan dihadapi dengan meningkatkan penentangan, meluaskan wilayahnya serta menggunakan tekanan dengan segala cara yang ada untuk mengusir pendatang haram dan entiti rejim Israel dari seluruh bumi Palestin. 

Haniyeh menyatakan bahawa rakyat Palestin terutamanya di Baitulmaqdis dan Tebing Barat malah disokong oleh semua wilayah, akan meneruskan inovasi dan kaedah penentangan serta tidak akan gentar dengan ancaman. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,346
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....