000000
X
PALESTIN
Presiden Chile mengumumkan bakal membuka kedutaannya di Palestin kelak
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
23 Disember 2022 | 10.16 malam
Presiden Chile, Gabriel Boric telah mengumumkan bahawa beliau merancang untuk membuka kedutaan Chile di Palestin akan datang. Penduduk Palestin merupakan penduduk timur tengah yang paling ramai tinggal di  negara Chile.

“Kami akan membuka kedutaan kami di bawah kerajaan kami.” Ucap beliau. 

Beliau merupakan presiden berhaluan kiri baru sahaja memulakan penggal keempat beliau pada Mac tahun 2022, telah membuat pengumuman tersebut di majlis sambutan Krismas di Santiago untuk komuniti Palestin Chile. Di anggarkan penduduk Palestin di Chile terdapat seramai kira-kira 300,000 orang. 

Chile sebenarnya sudah mempunyai perwakilan diplomatik di Ramallah, tetapi bukan kedutaan penuh.

“Kita tidak boleh melupakan komuniti yang menderita akibat pendudukan haram Israel, komuniti yang berjuang apabila melihat hak dan maruahnya dicabul setiap hari, perkara ini adalah wajar dan mesti diucapkan di dalam setiap perkataan,” ucap Boric pada sambutan tersebut.

Boric merupakan ahli parlimen berhaluan kiri yang terkenal dengan kritikan tajamnya terhadap Israel dan menyokong pemboikotan barangan dari Israel.

Lebih-lebih lagi, beliau juga pernah bersetuju menyokong rang undang-undang yang menyatakan cadangan pemboikotan barangan dari Israel.

Pada tahun 2019, komuniti Yahudi Chile menghadiahkan Boric sebotol madu untuk Rosh Hashana. Boric membalas pemberian tersebut di Twitter dengan berkata, “Saya menghargai pemberian tersebut, tetapi mereka boleh meminta Israel untuk memulangkan kembali wilayah Palestin yang terjajah kepada penduduknya.”

Selain itu, Boric juga pernah menggelar Israel sebagai “negara pembunuh” ketika pertemuan beliau dengan komuniti Yahudi  semasa kempen beliau terdahulu.

Pada bulan Mac yang lalu, Boric menyeru masyarakat antarabangsa untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin kerana antarabangsa menunjukkan solidariti terhadap Ukraine pada ketika itu.

Pada bulan September yang lalu juga, beliau berucap di Perhimpunan Agung (PBB) di New York menyentuh tentang pencabulan hak Palestin dan  penindasan Israel terhadap rakyat Palestin. 

Boric juga enggan menerima kelayakan sebagai duta Israel yang akan datang yang dikenali sebagai Gil Artz Yeli pada September yang lepas kerana tidak bersetuju jenayah Israel terhadap penduduk Palestin. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,836
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....