000000
X
PALESTIN
Harga perjanjian Netanyahu, Smotrich dan Ben Gvir- pengyahudian Tebing Barat dan hukuman mati rakyat Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
23 Disember 2022 | 11.45 pagi
Palestin - Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa beliau dapat membentuk kerajaan keenamnya dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas melakukan kerjasama gerakan Zionis agama, yang mempunyai kecenderungan fasis dan Haredi di mana ciri-ciri perjanjian gabungan yang membentuk kerajaan penjajahan baharu mula terungkap malah termasuk langkah untuk mengukuhkan kawalan penjajahan ke atas Tebing Barat dan pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang menjalankan operasi terhadap pasukan penjajah dan pendatang haram. 

Menurut Saluran 12 Israel, semasa rundingan pakatan, ketua parti "Religious Zionism", Bezalel Smotrich memperoleh janji daripada Netanyahu untuk meneruskan proses pengyahudian di Tebing Barat dan meluaskan "kedaulatan Israel" di Tebing Barat. 

Teks perjanjian gabungan antara Likud dan "Zionisme agama" menyatakan bahawa "rakyat Israel mempunyai hak semulajadi ke atas Tanah Israel, berdasarkan kepercayaan kepada hak yang disebutkan di atas serta perdana menteri akan memimpin usaha untuk merumuskan dasar bagi memperluaskan kedaulatan Israel di Yudea dan Samaria dan memajukannya dengan mengambil kira kepentingan nasional dan antarabangsa Negara Israel," seperti yang digambarkan oleh mereka.

Perjanjian gabungan antara Smotrich dan Netanyahu juga menetapkan bahawa pendatang haram di Tebing Barat diberi kemudahan cukai dengan alasan bahawa mereka tinggal di kawasan yang mempunyai "risiko keselamatan yang tinggi dan terancam", dengan merujuk kepada penempatan penduduk yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza yang dikepung. 

Bagi pihaknya, parti "Otzma Yehudit", yang diketuai oleh fasis Itamar Ben Gvir, mengumumkan perjanjian gabungan antaranya dan Likud memperuntukkan kerja untuk menggubal undang-undang yang membenarkan pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat Palestin yang menjalankan operasi menentang penjajah dan pendatang haram. Undang-undang itu akan diluluskan di Knesset sebelum bajet am negeri untuk 2023. 

Menurut perjanjian dengan Likud, pegawai Otzma Yehudit mendakwa, dalam tempoh 60 hari selepas pembentukan kerajaan, keputusan kerajaan akan dikeluarkan untuk membentuk jawatankuasa menteri bagi hal ehwal politik. Pos-pos penempatan rawak di Tebing Barat akan cuba disahkan di peringkat Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,748
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....