000000
X
PALESTIN
Penduduk Haram Israel Sambut Hanukkah di dalam Masjid Ibrahimi
Oleh: Rusydan Yusup
21 Disember 2022 | 1.39 tengahari
HEBRON - Rakyat Palestin melahirkan kebimbangan selepas kumpulan penduduk haram Israel menyerbu Masjid Ibrahimi semalam dan menyalakan menorah (tapak kaki lilin bercabang tujuh)  di dalam koridornya bagi meraikan Hanukkah di bawah perlindungan pasukan penjajah.

Pengarah Wakaf Hebron, Nidal Al-Jabari berkata bahawa pihak berkuasa Israel telah mengusahakan peyahudian Masjid Ibrahimi, yang terletak di tengah-tengah Hebron di Tebing Barat yang diduduki, dengan melakukan penggalian berterusan.

Tambahnya, Israel sengaja mengubah ciri-ciri sejarah kawasan di luar masjid dengan memasang lif bagi memudahkan pencerobohan penduduk haram, selain berulang kali menghalang azan umat Islam dikumandangkan di masjid.

Pengarah Masjid Ibrahimi, Ghassan Al-Rajabi berkata, penyalaan lilin Hanukkah pada hari pertama Pesta Cahaya di sekitar masjid itu merupakan peningkatan konflik berbahaya yang datang dalam konteks pencabulan berterusan oleh penduduk haram Israel.

Beliau menambah bahawa pencerobohan kerap oleh penduduk haram Israel merupakan percubaan untuk mengawal Masjid Ibrahimi sepenuhnya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,803
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....