000000
X
PALESTIN
2022 adalah tahun tertinggi penindasan terhadap aktivis - Kumpulan peguam
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
21 Disember 2022 | 7.58 pagi
PALESTIN - Pengarah kumpulan Peguam untuk keadilan, Muhannad Karajeh berkata, tahun 2022 adalah tahun tertinggi penindasan oleh pihak berkuasa terhadap aktivis, kerana jumlah tahanan politik di Tebing Barat tahun ini melebihi lebih 700 tahanan politik.

Karajeh menjelaskan bahawa tahun ini, pihak berkuasa di Tebing Barat bertindak melampau dengan lebih seribu kes melibatkan saman dan tangkapan yang menyasarkan banduan, pelajar universiti dan aktivis yang dibebaskan. 

Penyasaran itu termasuk beberapa aktivis hak asasi manusia. Pihak berkuasa dan pihak pendakwaan memanggilnya lebih daripada sekali atas alasan aktiviti hak asasi manusia. 

Karajeh menambah bahawa pihak berkuasa menahan lebih daripada 30 pelajar Universiti Birzeit di Tebing Barat yang membuat bantahan di dalam universiti, menolak penahanan politik. Beliau membuktikan bahawa pencabulan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa telah berlipat ganda dengan menyiksa tahanan politik dan menyerang keluarga mereka bahkan terdapat percubaan pihak berkuasa untuk menuduh aktivis dan menangkap mereka atas alasan yang tidak berasas. 

Karajeh membuat rayuan segera kepada semua institusi antarabangsa dan masyarakat sivil untuk menghentikan pendakwaan pihak berkuasa terhadap pelajar, menegaskan bahawa semua institusi hak asasi manusia perlu campur tangan untuk menghentikan pencabulan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa. 

Perkhidmatan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat meneruskan kempen penangkapan politik mereka terhadap pelajar, tahanan yang dibebaskan serta aktivis yang telah meningkat dengan ketara dalam beberapa hari kebelakangan ini, bertepatan dengan ulang tahun ketiga puluh lima pelancaran Gerakan Kebangkitan Islam, Hamas . 

Jawatankuasa hak asasi manusia dan pusat mengecam penahanan politik yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat dan pencabulannya terhadap rakyat serta menuntut penahanan politik dihentikan dan semua tahanan dibebaskan. 

Sebilangan pelajar Universiti Birzeit meneruskan bantahan mereka di dalam tembok universiti untuk hari kelapan berturut-turut, sebagai bantahan penahanan politik dan sebagai solidariti dengan rakan-rakan mereka yang telah ditahan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,675,605
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....