000000
X
PALESTIN
Tentera Israel roboh struktur kediaman di selatan Hebron
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
20 Disember 2022 | 10.26 PM
Tentera Israel hari ini merobohkan struktur kediaman di kawasan Wadi Juheish, tenggara bandar Yatta, selatan bandar Hebron di Tebing Barat yang dijajah, menurut seorang aktivis tempatan.

Rateb al-Jbur, penyelaras jawatankuasa penempatan anti-kolonial tempatan, berkata bahawa tentera Israel mengiringi jentolak ke kawasan itu, di mana jentera tersebut meroboh dan merampas enam khemah milik keluarga Haddar, mengakibatkan penduduk kehilangan tempat tinggal. .

Sejak mula penjajahan Israel di Tebing Barat pada tahun 1967, banyak kawasan dan kampung di Palestin seperti Wadi Juheish terdedah pada keganasan dan kekangan dari pendatang Yahudi.

Menurut Pusat Penyelidikan Tanah, penduduk Wadi Juheish menegaskan bahawa Tindakan pendatang Yahudi  bertujuan untuk mengusir mereka dari tanah mereka melalui beberapa siri serangan dan keganasan. 

Mereka mahu menguasai puncak bukit yang kini didiami rakyat Palestin kerana memiliki lokasi strategik yang menghadap ke seluruh wilayah termasuk penempatan penjajah Suseya dan Beit Yattir.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,281
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....