000000
X
PALESTIN
Dua beradik maut dirempuh peneroka Israel
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
18 Disember 2022 | 10.30 malam
Dua penduduk Palestin terbunuh malam tadi dalam serangan rempuhan kereta yang dilakukan oleh pendatang Israel berhampiran pusat pemeriksaan tentera di Za’tara, selatan bandar Nablus. Kedua-dua orang tersebut merupakan adik beradik.

Menurut sumber tempatan, Muhannad Mutair 19 tahun dan abangnya Mohammad 37 tahun, tinggal di kem pelarian Qalandia. Mereka maut akibat dirempuh dengan sengaja ketika mereka sedang membetulkan kebocoran pada tayar kenderaan mereka.

Pelaku dengan segera melarikan diri dari tempat kejadian setelah merempuh kedua orang mangsa tersebut. Mohammad terbunuh serta merta di tempat kejadian manakala Muhannad meninggal dunia kira-kira sejam kemudian akibat kecederaan yang dialami mangsa. 

Menurut Imad Mutair yang merupakan sepupu beliau, mereka maut akibat dirempuh dengan kuat oleh kenderaan peneroka Israel tersebut. 

Di dalam satu kenyataan akhbar, pengarah urusan pejabat Gabenor Baitulmaqdis di Qalandiya, Zakaria Fayala mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa itu bersama tiga lagi adik beradik mereka dalam perjalanan atas urusan perkahwinan kakak mereka pada Jumaat depan. 

Satu mogok umum bakal diadakan di Qalandiya sebagai tanda protes di atas kematian dua saudara tersebut. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,416
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....