000000
X
PALESTIN
Israel menyerahkan dua jenazah yang telah ditahan selama lebih dari dua bulan
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
17 Disember 2022 9.23 PM
Tentera Israel semalam telah menyerahkan dua jenazah rakyat Palestin yang telah maut ditembak oleh tentera berhampiran dengan Ramallah, jenazah-jenazah tersebut telah ditahan oleh tentera selama lebih dari dua bulan. 

Semalam  pihak tentera telah menyerahkan dua jenazah tersebut iaitu Khaled Dabbas dan Salameh Sharai’a kepada keluarga mereka di pusat pemeriksaan tentera di Tebing Barat sebelum dipindahkan ke hospital Ramallah. 

Dua pemuda tersebut telah ditembak bertubi-tubi lebih daripada 30 peluru pada 3 Oktober yang lepas oleh tentera Israel. Terdapat mangsa ketiga di dalam kenderaan bersama-sama mereka namun beliau hanya mengalami kecederaan sahaja.

Ketiga-tiga pemuda tersebut dilaporkan bekerja di Ramallah dan dalam perjalan pulang ke rumah. Selepas ditembak mereka dibawa keluar dari kenderaan dan dibiarkan sahaja sehingga 40 minit sebelum dibawa pergi oleh tentera. 

Manakala pihak tentera pula mendakwa tiga pemuda tersebut merancang untuk merempuh tentera Israel. Tettapi menurut sumber tempatan, pemuda-pemuda tersebut tiada berada di dalam senarai orang yang dikehendaki oleh Israel. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,958
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....