000000
X
PALESTIN
Israel Halang Majlis Pengebumian Jenazah Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
15 Disember 2022 | 1.49 PM
TEBING BARAT | Rejim Israel pada hari Rabu menutup pintu besi yang diletakkan di pintu masuk ke bandar Beit Ummar, di selatan Tebing Barat. Ia dilakukan bagi menghalang jenazah rakyat Palestin daripada sampai ke tanah perkuburan bandar itu, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Mohammad Awad, seorang aktivis tempatan, memberitahu WAFA bahawa ketika para penduduk sedang mengusung jenazah menuju ke tanah perkuburan di pinggir bandar, tentera Israel mengambil alih bumbungan dan menutup pintu besi penghadang sepenuhnya seterusnya menghalang peserta daripada sampai ke tanah perkuburan.

Selain itu, ketika penduduk cuba memasuki ke dalam tanah perkuburan, tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah mereka untuk menyuraikan mereka menyebabkan beberapa orang mengalami  sesak nafas.

Perkara ini bukan kejadian pertama tentera mengawal menara pengawal di pintu masuk ke Beit Ummar dan menghalang jenazah sampai ke tanah perkuburan bandar dan menggunakan kekerasan untuk menyerang penduduk yang hadir.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,100
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....