000000
X
PALESTIN
Penduduk Sheikh Jarrah protes hukuman berat ke atas tahanan Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
14 Disember 2022 | 10.49 pagi
BAITULMAQDIS - Berpuluh-puluh penduduk Palestin di kejiranan Baitulmaqdis Timur Sheikh Jarrah semalam menganjurkan bantahan di hadapan Mahkamah Daerah Israel di Baitulmaqdis terhadap hukuman berat yang dituntut oleh pendakwa raya Israel terhadap tahanan yang mempertahankan rumah dan harta mereka dari serangan pendatang haram Israel pada Mei tahun lalu.

Penunjuk perasaan, yang anak lelakinya ditahan dan dibicarakan, menaikkan sepanduk mengecam bentuk hukuman yang tidak adil yang dituntut oleh pihak pendakwaan Israel terhadap anak lelaki mereka.

Seorang penduduk berkata, anaknya, Bilal Jabari, 19, ditahan setahun lalu kerana menentang pendatang haram yang menyerang rumah mereka di Sheikh Jarrah dan berdepan kemungkinan hukuman lapan tahun yang diminta oleh pendakwa raya.

Mahkamah Israel baru-baru ini menjatuhkan hukuman berat yang sama terhadap rakyat Palestin di Israel atas tuduhan yang sama di bandar campuran Arab-Yahudi di Israel pada Mei tahun lalu manakala warga Israel yang terlibat dalam serangan itu dibebaskan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,878
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....