000000
X
PALESTIN
Palestin Gesa PBB Letakkan Israel Dalam 'Senarai Memalukan’
Oleh: Rusydan Yusup
13 Disember 2022 | 6.57 petang
Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mohammad Shtayyeh pada hari Isnin menyeru Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata, Virginia Gamba, untuk memasukkan Israel dalam 'senarai malu' Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agensi berita rasmi Palestin, WAFA melaporkan.

Permintaan itu dibuat selepas tentera Israel membunuh Jana Zakarneh, 16 tahun, malam Isnin, di bandar Jenin di utara Tebing Barat.

Shtayyeh menyifatkan pembunuhan Zakarneh sebagai satu lagi jenayah yang akan ditambah dalam senarai jenayah ngeri pembunuhan kanak-kanak yang dilakukan oleh Israel.

Gamba memulakan lawatan khas hari ini ke Palestin, termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, di mana beliau akan bertemu dengan keluarga kanak-kanak Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel untuk mendengar daripada mereka tentang peningkatan pencabulan hak hingga kepada tahap jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap kanak-kanak Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,563
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....