000000
X
PALESTIN
Gereja Baitul Maqdis Bantah Projek Pengyahudian Tanah Berhampiran Masjid Al-Aqsa
Oleh: Rusydan Yusup
30 Jun 2022 | 1.30 tengahari
Jawatankuasa Tinggi Presiden Hal Ehwal Gereja di Palestin pada Selasa lalu mengecam keputusan Kementerian Kehakiman Israel untuk mendaftarkan pemilikan tanah Palestin bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa sebagai milik rejim tersebut, lapor Agensi Berita Petra.

Jawatankuasa itu berkata bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk mengawal kota suci itu dan merupakan langkah persediaan untuk mewujudkan lebih banyak fakta haram yang menyebelahi mereka pada kawasan tersebut.

“Israel dan pendatang haram Yahudi yang ekstrem mengamalkan taktik gangland untuk mengesahkan kawalan mereka ke atas kawasan kejiranan kota suci itu,” jelas jawatankuasa itu.

“Hal ini merupakan satu perkembangan berbahaya yang menjejaskan usaha serantau dan antarabangsa untuk membawa keamanan. Ia akan membakar seluruh rantau ini.”

Pegawai gereja menuduh Israel menggunakan "cara haram" untuk mengawal kawasan penting di Kota Lama Baitul Maqdis yang dijajah, di mana beliau menamakan beberapa kawasan yang dimaksudkan antaranya Gerbang Al-Khalil, Dataran Omar Bin Al-Khattab dan Hotel Petra dan Imperial. 

Memetik rancangan dan percubaan Israel untuk mengusir penduduk Palestin di Jabal Al-Mukabber, Silwan dan Sheikh Jarrah, mereka berkata:

Orang Islam dan Kristian warga Palestin akan kekal bertahan di ibu kota mereka, Baitul Maqdis dan akan mempertahankannya dengan darah mereka. Mereka juga akan mempertahankan warisan dan sejarah mereka ini.

Jawatankuasa itu juga menyeru masyarakat antarabangsa dan kerajaan Arab untuk memberi tekanan kepada rejim Israel untuk menghentikan jenayah mereka terhadap Palestin, tanah mereka, dan tapak suci mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,246
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....