000000
X
PALESTIN
Pendirian Tegas :Afrika Selatan sahkan penolakan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
28 Jun 2022 | 7.35 pagi
RAMALLAH – Pejabat Presiden semalam mengalu-alukan pendirian Afrika Selatan yang mengesahkan penolakan jenayah Israel yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Pejabat Presiden dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam amat menghargai gesaan yang dibuat oleh Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Naledi Pandor, agar masyarakat antarabangsa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menamatkan jenayah berterusan yang dihadapi rakyat Palestin di bawah penjajahan haram Israel bahkan perlu memastikan Israel bertanggungjawab atas penderitaan dan keadaan tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh rakyat Palestin selama 73 tahun.

Pejabat Presiden amat menghargai pendirian tegas kerajaan dan rakyat Afrika Selatan dalam menyokong hak Palestin.

Naledi Pandor, bercakap semasa persidangan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa PBB mengenai Hak-hak yang tidak boleh dipisahkan dari rakyat Palestin, berkata: "Kami bertanggungjawab sekarang sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah yang sama hingga akhirnya bertindak menentang rejim apartheid di Afrika Selatan."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,332
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....