000000
X
PALESTIN
Bukti Kuat Zionis Israel Akan Runtuhkan Masjid Al Aqsa
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
26 Jun 2022 | 11.00 malam
Mufti Besar Masjid Al-Aqsa, Syeikh Ikrimah Sabri mengingatkan dunia Islam bahawa Israel, dengan persetujuan unilateral, menduduki Masjid Al-Aqsa dan menjalankan usaha konspirasinya secara senyap.

Beliau menyeru supaya apa yang berlaku di Al-Aqsa sekarang diawasi dan diperhati secara dekat bagi mengelak sebarang pengkhianatan berlaku.

Penyelidik Baitul Maqdis memberi amaran berkenaan satu ancaman serius ke atas masjid Al-Aqsa mengenai penggalian berterusan oleh Zionis Israel di bahagian barat masjid. Mereka ingin mengubah hakikat sejarah dan menggantikannya dengan naratif sejarah mereka sendiri.

Pihak pemantau mendapati terdapat rekahan baru muncul di kawasan baru di bangunan masjid berdekatan Muzium Islam dan pagar Mughrabi bersebelahan Dinding Al-Buraq hingga ke kawasan Istana Umayyah. Ia adalah hasil dari penggalian berterusan di bawah kawasan tersebut.

Hamas, sebelum ini mengecam tindakan penggalian tersebut kerana ia adalah percubaan untuk melenyapkan mercu tanda Islam dan sejarah bandar Baitul Maqdis.

Hamas menyeru Liga Negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara Jordan untuk “melakukan sesuatu untuk menghalang rancangan penjajahan ini dan memelihara Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa, Tempat para rasul dan kiblat pertama orang Islam.”
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,381
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....