000000
X
PALESTIN
Percubaan Godam Peranti Askar Israel Dari Gaza
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
13 Disember 2022 | 12.00 tengahari
PALESTIN - Sumber Media Palestin, pada hari Isnin mendedahkan percubaan terbaru untuk mengenakan askar rejim penjajah Israel melalui jaringan media sosial yang dipantau dari Gaza.

Laman web Hebrew ‘0404’ mendedahkan bahwa percubaan baru untuk mengenakan askar Israel dibuat dengan menggunakan akaun palsu atas nama seorang perempuan. Walaubagaimanapun, unit siber, laman tersebut masih berusaha mencari sumber dan identiti sebenar akaun palsu tersebut.

Laman itu juga memberitahu bahawa penggodam tersebut mencipta akuan palsu yang nampak sebenar atas nama “ Maria David” dalam aplikasi media sosial Facebook dan Instagram, sebagai seorang jurulatih kecergasan yang berjaya dikenalpasti telah mencuba untuk menyusup ke dalam sistem peranti askar Israel.

Laman tersebut memberi peringatan kepada askar Israel supaya tidak menjalinkan hubungan dengan identiti yang tidak dikenali melalui media sosial. Laman tersebut juga menyatakan bahawa sebarang kejayaan menceroboh keselamatan Israel adalah matlamat utama musuh di Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,722
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....