000000
X
PALESTIN
Delegasi Hamas Bertemu Presiden Lubnan
Oleh: Rusydan Yusup
25 Jun 2022 | 4.50 petang
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, diiringi delegasi kanan Hamas, bertemu pada pagi Jumaat dengan Presiden Lubnan, Michel Aoun.

Haniyeh mengucapkan tahniah kepada Aoun atas kejayaan beliau pada pilihan raya parlimen Lubnan dan menegaskan kepentingan menjaga keselamatan dan kestabilan di negara itu.

Beliau menyampaikan perkembangan Palestin, Baitul Maqdis, dan Masjid Al-Aqsa, di samping pencabulan undang-undang yang berulang kali dilakukan rejim Israel terhadap tapak suci masyarakat Muslim dan Kristian itu.

Haniyeh turut berbicara mengenai perubahan politik yang berlaku di rantau arab dan percubaan untuk membuat penjajaran semula serantau melalui normalisasi Zionis, yang memerlukan pengukuhan kedudukan negara-negara Arab dalam menghadapi cabaran tersebut.

Semasa pertemuan itu, Haniyeh juga berbincang mengenai pelarian Palestin yang berada di Lubnan, dan menyeru untuk memperbaiki keadaan hidup mereka dan memberikan mereka hak kemanusiaan.

Pegawai tertinggi Hamas itu mengulangi komitmen gerakannya terhadap hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air dan menolak sebarang cadangan yang bertujuan untuk menempatkan semula dan memindahkan pelarian Palestin.

Presiden Lubnan pula mengalu-alukan kedatangan delegasi Hamas, dan menegaskan kembali pendirian negaranya menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,866
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....