000000
X
PALESTIN
Pimpinan Hamas Dan Hizbullah Bertemu Di Lubnan
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
24 Jun 2022 | 10.30 pagi
LUBNAN - Pertemuan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh  serta delegasi dari kepimpinan Hamas dengan Hassan Nasrallah, Setiausaha Agung Hizbullah, membincangkan semua perkembangan yang berkaitan dengan perjuangan Palestin, terutamanya apa yang berlaku di Baitul Maqdis, Masjid Al- Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza malah turut membincangkan keadaan rakyat Palestin di dalam dan luar negara khususnya saudara semuslim di Lubnan.

Semasa pertemuan tersebut, Haniyeh menyampaikan hasil kajian perkembangan politik di rantau berkenaan dan kesannya terhadap perjuangan Palestin malah turut menyatakan risiko yang ditimbulkan oleh laluan normalisasi ke atas Palestin dan wilayah Palestin secara keseluruhan melalui konteks penjajahan oleh Israel demi mencapai kawalan ke atas wilayah dengan pelbagai cara antaranya mewujudkan konflik dalaman antara komponen negara.

Penekanan diberikan kepada membangunkan program dan paksi penentangan sebagai pilihan strategik untuk memulihkan hak negara dan melindungi keupayaan negara dan rakyatnya daripada tingkah laku penjajahan yang cuba dirompak, di samping jenayah utamanya iaitu menjajah tanah Palestin dan Arab.

Selain ketua pergerakan itu, turut hadir bersama delegasi termasuk Sheikh Saleh al-Arouri, timbalan ketua pergerakan Hamas dan dua anggota biro politik pergerakan Hamas, Dr. Musa Abu Marzouk dan Dr. Khalil Al-Hayya serta Dr. Ahmed Abdel Hadi sebagai wakil pergerakan di Lubnan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,527
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....