000000
X
PALESTIN
Israel Halang Rakyat Palestin "Renovate" dan Bina Rumah
Oleh: Rusydan Yusup
7 Disember 2022 | 1.38 tengahari
Pihak Berkuasa Israel mengeluarkan sepuluh perintah menghentikan kerja pembinaan rumah oleh sekumpulan penduduk Palestin di wilayah Salfit yang diduduki di tengah Tebing Barat.

Menurut agensi berita Wafa, Tentera Israel menyerahkan lima arahan hentikan kerja terhadap rumah yang tidak didiami, empat arahan lagi terhadap rumah yang sedang dalam pembinaan dan masih dalam peringkat pembinaan awal, dan satu terhadap tanah yang diusahakan penduduk Palestin.

Kejiranan di Salfit sering menghadapi isu kecurian tanah oleh Israel yang ingin memperluaskan petempatan haram Israel.

Penduduk tempatan memberitahu Wafa bahawa pihak berkuasa Israel mengarahkan penghentian itu dengan alasan ia tidak mempunyai permit bangunan.

Penduduk Palestin jarang diberikan permit bangunan yang dikeluarkan Israel, kerana Israel mengetatkan cengkamannya ke atas Kawasan C Tebing Barat, yang merangkumi 60 peratus daripada wilayah tersebut.

Dengan peningkatan bilangan keluarga,  rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis terpaksa memilih sama ada perlu meluaskan rumah mereka atau membina rumah baharu tanpa lesen. Keadaan ini menjadikan mereka sasaran perobohan oleh Israel.

Sementara itu, lebih 600,000 warga Israel tinggal di petempatan Yahudi di seluruh Baitul Maqdis Timur dan Tebing Barat, yang melanggar undang-undang antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,947
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....