000000
X
PALESTIN
Penjajah Zionis Menangkap Lebih 50 Pekerja Palestin Di Wilayah Salfit.
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
23 Jun 2022 | 1.00 pagi
Seramai lebih 50 orang pekerja Palestin ditangkap oleh penjajah Zionis Israel dalam satu serbuan di pelbagai kampung dan daerah dalam wilayah Salfit. Sebahagian mereka juga di tangkap di pos-pos kawalan setempat. Mereka dibawa ke kawasan Ariel, satu kawasan yang diteroka secara haram dalam wilayah tersebut.

Zionis Israel membebaskan 3 orang pekerja dan mengekalkan penangkapan 47 orang pekerja Palestin. Mereka akan disiasat di atas tuduhan dari Zionis berkaitan dokumen yang melibatkan isu tuntutan hak pekerja dari majikan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Palestin, Shaher Saad menyatakan bahawa mereka sedang mengikuti situasi ini dari aspek perundangan melalui peguam mereka. Dan mereka mendapati, alasan dan sebab untuk melakukan penangkapan itu masih tidak jelas.

Saad memberitahu tentang situasi yang berlaku kepada pekerja-pekerja ini telah bermula sejak 3 bulan yang lalu dimana terdapat satu usaha dari Zionis untuk menyekat dan menghalang mereka untuk bekerja dengan mengetatkan syarat-syarat laluan akses di tembok pemisah dengan alasan bahawa ada operasi sedang dilakukan di dalam kawasan tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,344
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....