000000
X
PALESTIN
PBB gesa hormati penarikan semula kepungan ke atas Gaza-Hamas puji kenyataan PBB
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
23 Jun 2022 | 7.07 pagi
PALESTIN - Gerakan Kebangkitan Islam Hamas memuji kenyataan yang dikeluarkan oleh Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, menuntut agar kepungan terhadap Gaza ditarik balik sepenuhnya setelah hampir 15 tahun penderitaan yang sukar terhadap penduduk semenanjung Gaza.

Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum, dalam satu kenyataan akhbar Shehab bahawa, "Kenyataan pegawai PBB ini sekali lagi mendedahkan tahap penderitaan lebih daripada dua juta rakyat Palestin akibat pengepungan yang tidak adil ini, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pencabulan hak asasi manusia yang paling asas. Dasar apartheid dan rejim (apartheid) yang diamalkan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin kita perlu ditamatkan segera.”

Barhoum turut menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua pertubuhan hak asasi manusia serta institusi antarabangsa untuk mengambil perhatian terhadap semua kenyataan dan laporan berkenaan dengan serius serta terus berusaha meningkatkan usaha agar menamatkan penderitaan rakyat Palestin dan memberi tekanan kepada rejim Zionis untuk menarik balik kepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,477
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....