000000
X
PALESTIN
"Keadilan sudah mati."- Aktivis kemanusiaan mengecam pihak berkuasa bebaskan pembunuh Nizar Banat
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
22 Jun 2022 | 11.47 pagi
TEBING BARAT - Pengarah Pejabat Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia di selatan Tebing Barat, Farid al-Atrash, mengutuk pembebasan oleh Pihak Berkuasa terhadap pegawai keselamatan mereka yang berpangkalan di Ramallah yang terlibat dalam pembunuhan aktivis politik pembangkang Nizar Banat.

Al-Atrash dalam satu hantaran ciapan di Twitter menganggap bahawa "keadilan telah mati" berikutan "pembebasan mereka yang dituduh membunuh syuhada Nizar Banat, semoga Allah merahmatinya, dan kami berada pada tarikh hari selepas ulang tahun pertama pembunuhannya namun kesnya masih tiada jalan penyelesaian.

 Al-Atrash berkata: "Malangnya, saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu kerana saya tidak mahu pergi ke sana oleh kerana tiada perlindungan untuk pembela hak asasi manusia dan saya tidak berasa selamat," jelas beliau mengenai ancaman pihak berkuasa kepada penentangnya berkaitan dengan kematian dan penangkapan.

Beliau turut menambah, "Nizar memberitahu bahawa dia tidak selamat dan dikejar bahkan isteri dan anak-anaknya turut ditembak namun tiada siapa yang ditahan setakat ini, dan kami tidak dapat melindunginya."

Menurut sebuah sumber yang dipercayai awal pagi semalam mendedahkan keputusan mahkamah tentera pihak berkuasa di Ramallah untuk membebaskan 14 defendan dengan jaminan dalam kes pembunuhan aktivis terkemuka Nizar Banat.

Sumber tersebut menyatakan bahawa pembebasan tertuduh berlaku petang Selasa, menurut keputusan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas.

Beliau menyatakan bahawa defendan dibebaskan dengan syarat pergerakan mereka dihadkan oleh "Keselamatan Pencegahan" dengan meletakkan janji untuk menghadiri sesi mahkamah yang akan diadakan untuk mereka Ahad depan.

Siasatan mendedahkan bahawa pada 24 Jun 2021 jam 3:00 pagi, pasukan Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan di Wilayah Hebron, yang terdiri daripada empat belas orang, bergerak untuk Nizar Banat.

Nizar Banat telah dibunuh oleh para tertuduh di dalam rumah salah seorang saudaranya di bandar Hebron, di selatan Tebing Barat.

Banat ialah seorang aktivis politik terkemuka serta merupakan penentang kuat dasar pihak berkuasa Ramallah berasaskan pendekatan dan rundingannya. 

Pembunuhan itu mencetuskan gelombang kemarahan yang sengit di hampir semua jalan Palestin, yang membawa kepada tuntutan untuk memecat pemimpin perkhidmatan keselamatan, yang membawa kepada melaungkan seruan pemecatan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas dan perdana menterinya, Muhammad Shtayyeh, namun pasukan keselamatan menindas demonstrasi yang mengutuk pembunuhan itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,966
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....