000000
X
PALESTIN
Mujahid Al-Najjar syahid ditembak Israel
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
7 Disember 2022 | 8.48 malam
RAMALLAH - Pejuang Palestin, Mujahid Hamad dari bandar Silwad, timur Ramallah syahid akibat ditembak Israel yang menggunakan peluru selepas menjalankan operasi menembak dan mengejarnya berhampiran Ramallah.

Hamad, sebelum ini, telah menjalankan operasi tembakan dari dalam kenderaan ke arah markaz tentera Zionis Israel berhampiran kawasan penjajah Israel di Ofra, yang dibina di atas tanah bandar Silwad, timur Ramallah.

Setelah menembak Hamad, rejim Zionis Israel telah menutup pintu masuk selatan ‘Yabrud’  dengan blok-blok simen di bandar Silwad, dan membuat sekatan jalan raya di pintu masuk utama bandar itu. Mereka juga membuat sekatan jalan raya di kawasan Ein Siniya, utara Ramallah, menceroboh Jalan 60 berhampiran Beit El, serta menyerbu bandar Deib Dibwan, timur Ramallah.

Dalam pada itu, Al-Syahid Hamad telah melakukan serangan tembakan sehari sebelum kesyahidannya di kawasan Ofra dan berjaya melarikan diri sebelum ditembak pada hari Rabu, 7 Disember 2022.

Mujahid Mahmud Jumaah Hamad, 32 tahun, telah dilahirkan pada 29 Oktober 1990 di bandar Silwad, Ramallah. Beliau pernah ditangkap Israel pada 2010 dan dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Selepas beliau menjalani hukuman tiga tahun, hukuman itu dinaikkan kepada 9 tahun.

Dalam tempoh penahanannya, beliau dipindahkan ke beberapa penjara. Beliau berjaya menamatkan sekolah menengah di dalam penjara Israel kemudian rejim Zionis Israel menangkap bapa dan abangnya semasa beliau berada di penjara setahun.

Pada 21 Mei 2019, beliau dibebaskan selepas tamat hukuman. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran ke peringkat universiti, berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Muhammad. Tidak lama kemudian, beliau ditangkap sekali lagi pada 22 September 2020 ketika umur anaknya dua bulan.

Rejim Zionis Israel menetapkan hukuman tahanan ke atasnya selama dua belas bulan. Selepas perubahan sistem pentadbiran ketiga, Hamad memutuskan untuk melancarkan mogok lapar sebagai sebuah bentuk penentangan yang berlangsung selama 43 hari.

Selepas melancarkan mogok lapar, beliau dibebaskan pada 19 Januari, namun pihak Israel mengingkari janji dan memanjangkan tempoh tahanan kepada 4 bulan sebelum dibebaskan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,880
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....