000000
X
PALESTIN
26 operasi pejuang Palestin telah direkodkan sejak 24 jam yang lalu
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
6 Disember 2022 | 3.24 petang
Operasi perjuangan yang dilakukan oleh penduduk Palestin telah merekodkan jumlah yang besar sejak 24 jam yang lepas. Sebanyak 26 operasi yang telah direkodkan termasuk menembak, letupan, dan membaling bom molotov.

Pusat Tinjauan Maklumat Palestin “Ma’ati” telah merekodkan serangan-serangan tersebut. 5 serangan tembakan dan 3 letupan menggunakan bahan letupan telah direkodkan dengan menyasarkan ke arah tentera Israel dan penceroboh Israel.

Manakala bom molotov dibaling ke arah pendatang Israel semasa konfrontasi antara penduduk Palestin dengan pendatang Israel.

Selain itu, tiga serangan yang dilakukan oleh penduduk Palestin adalah hasil daripada tindak balas serangan pendatang Israel ke arah mereka. Kejadian tersebut berlaku di Tebing Barat. Sebuah kenderaan milik pendatang Israel telah musnah kesan daripada pertempuran tersebut.

Di dalam operasi yang berlainan, pejuang Palestin telah melepaskan tembakan ke arah tentera Israel semasa mereka cuba untuk menyerbu kem pelarian di Jenin, mereka juga turut membaling alat letupan kearah tentera. 

Pejuang Palestin turut menyasarkan serangan mereka kearah kem tentera Israel di Al-Tur, Gunung Gerizim dan bandar Surra di Nablus. Mereka turut melepaskan tembakan ke arah kem tentera di Tulkarm mengakibatkan kecederaan kepada seorang tentera Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,675,199
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....