000000
X
PALESTIN
Lawatan Ketua Delegasi Terkemuka Hamas, Ismail Haniyeh ke Lubnan
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
21 Jun 2022 | 4.40 petang
BEIRUT, LUBNAN - Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Ismail Haniyeh tiba di Beirut, Lubnan hari Selasa, 21 Jun 2022 untuk sesi lawatan yang akan berlangsung selama beberapa hari.

Rafat Murra, salah seorang pemimpin Hamas berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa lawatan Haniyeh adalah bersempena dengan memperingati hari pelarian dan untuk menekankan keperluan untuk menyelesaikan krisis yang dialami oleh pelarian Palestin di Lubnan.

Ini adalah lawatan kali ketiga Haniyeh dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Jelas Rafat lagi, Ismail Haniyeh akan bertemu dengan pimpinan daripada pelbagai parti dan badan rasmi Lubnan di Beirut, selain pertemuannya yang akan diadakan bersama pimpinan briged-briged Palestin serta pertubuhan-pertubuhan Palestin di Lubnan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,561
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....