000000
X
PALESTIN
Provokasi Melampau Berterusan, Peneroka Haram dibantu oleh Pihak Berkuasa Israel
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
21 Jun 2022 | 11.00 pagi
Peneroka Haram Yahudi meneruskan lagi provokasi mereka dengan menyerang rumah-rumah penduduk Palestin di timur Daerah Yatta, Selatan wilayah Hebron.

Jawatankuasa Penyelaras Keselamatan dan Pertahanan Daerah Yatta, Fouad Al-Amour, menyatakan peneroka haram yang datang dari  Atskhar Man (penempatan baru dibangunka)mereka   menyerang, mencuri ternakan dan anjing ladang penduduk kampung Al-Jaya dan ditempatkan bintang tersebut -dibawah perlindungan tentera- dengan bantuan dan perlindungan dari pihak berkuasa Israel.

Sebelum ini, seorang pemuda Palestin ditembak di kepala sewaktu serangan keganasan dan provokasi ke atas dirinya berhampiran Bulatan Deir Sharaf, Barat Wilayah Nablus. Ia akibat dari tindakan pemuda itu, Anas Jamil Azim ketika berusaha mencabut bendera Israel di bulatan itu dan bergaduh dengan sekumpulan peneroka.

Peneroka Haram juga menyerang penduduk di Jalan Jenin-Nablus, selatan wilayah Jenin. Mereka membaling batu, botol-botol kaca ke atas kenderaan penduduk di situ.

Di bandar Kesan, timur wilayah Bethlehem, seorang peneroka bertindak menolak tanah menggunakan jentolak di kawasan Dunmin untuk meluaskan kawasannya yang hanya 100 meter dari rumah-rumah penduduk Palestin. Mereka menyekat laluan penduduk ke tanah yang dirampas dan selalu menyerang petani dan pengembala kambing di kampung itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,471
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....