000000
X
PALESTIN
Pilihan Tepat:"Kita tiada pilihan lain selain berjuang sehingga pembebasan" - Khaled Meshal
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
19 Jun 2022 | 7.56 petang
Ketua Perhubungan Luar Pergerakan Hamas, Khaled Meshal menegaskan bahawa kita (rakyat Palestin) tidak mempunyai pilihan lain selain berjuang menghadapi penjajahan sehingga pembebasan Palestin. Menurutnya juga, perjuangan ini ialah bukti bahawa kepimpinan Hamas serta briged-briged Palestin yang lain akan setia menyokong pengorbanan para tahanan dan yang rakyat Palestin yang tercedera.

Dalam perbualannya menerusi talian bersama keluarga para Syuhada’ Jenin iaitu Bara’ Lahlouh, Youssef Salah dan Laith Abu Srour yang telah diserang oleh penjajah Zionis pada Subuh hari Jumaat, Khaled mengucapkan tahniah ke atas kesyahidan mereka yang berani berhadapan dengan musuh dan darah mereka yang tumpah itu tidak akan sia-sia. Khaled menambah bahawa musuh kita (Israel) akan sentiasa berada di dalam pengkhianatan dan di atas pengkhianatan. Maka, jalan juang ini ialah jalan yang tidak akan kita berundur walau apapun bayarannya.

Tambah beliau lagi, keluarga para Syuhada’ Jenin ini mempunyai hak ke atas gerakan Hamas dan gerakan ini akan menyokong kamu di bawah pimpinan Abu Al-Abed Haniyeh. Orang yang berjuang dan syahid akan mendapat kedudukan yang tinggi serta orang yang berjuang menuju pembebasan Palestin ialah pahlawan sejati.

Khaled meneruskan ucapannya dengan mendoakan para Syuhada’ supaya dirahmati dan diberi ganjaran yang terbaik kepada mereka atas perjuangan mereka demi rakyat Palestin, umat Islam dan negara Palestin. Tegas beliu lagi,  bahawa Zionis perlu membayar harga darah Syuhada’ dengan meninggalkan tanah Palestin dalam masa yang terdekat, dengan izin Allah.

Khaled Meshal menjelaskan bahawa jalan mati syahid adalah satu kehormatan di dunia ini dan merupakan harta di akhirat kelak. Beliau menekankan bahawa selepas semua pengorbanan ini akan adanya kemenangan, pembebasan, kesucian Baitul Maqdis dan kebebasan para tawanan akan kembali. Ini adalah kepastian yang Allah berikan kepada umat Islam bahawa kemenangan akan datang dan kita (umat Islam) akan sentiasa berdoa untuk kesucian dan kebebasan Al-Aqsa.

Meshal mengakhiri ucapannya dengan berkata, “Salam kedamaian, cinta dan doa daripada saya kepada semua pemuda dan keluarga para syuhada’ di Jenin. Mereka merupakan pahlawan dan kita semua di dalam perjanjian bersama dalam membebaskan tanah Palestin. Khaled Meshal juga mengharapkan kemenangan yang semakin hampir buat tanah Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,231
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....