000000
X
PALESTIN
Mahkamah Israel berat sebelah kurangkan hukuman ke atas Pengawal Israel yang disabitkan bersalah
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
5 Disember 2022 | 9.55 pagi
TEL AVIV – Mahkamah daerah Beersheba Israel di selatan Israel menjatuhkan hukuman ringan ke atas anggota pengawal sempadan Israel yang disabitkan kesalahan merompak dan menyeksa pekerja Palestin yang tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada pengawal.

Hukuman ringan berkenaan yang tidak setimpal dengan kesalahan berat yang dilakukan oleh pengawal Israel itu dikeluarkan selepas menandatangani perjanjian antara Jabatan Siasatan Polis Dalam Negeri (Machash) dengan tertuduh. Mahkamah sebelum ini mencadangkan untuk menjatuhkan hukuman lapan tahun ke atas pengawal sempadan, bagaimanapun, selepas perjanjian itu, hukuman yang sangat dikurangkan dikenakan ke atas setiap seorang daripada mereka.

Beberapa tahun lalu, pengawal sempadan Israel terserempak dengan pekerja Palestin di hutan di selatan Israel dan beberapa kali menyerang mereka sambil mendokumentasikan serangan itu dengan telefon mereka.

Keterangan daripada pekerja yang telah memberi keterangan di hadapan mahkamah Israel mendedahkan bahawa pengawal sempadan memaksa pekerja untuk berbaring di atas tanah dan memukul mereka dengan kasar walaupun mereka tidak menghadapi sebarang bahaya atau ancaman terhadap nyawa mereka.

Salah seorang pengawal sempadan dilaporkan merakam video dirinya memukul salah seorang pekerja dengan kayu dan menyanyi, manakala pekerja muncul dalam video itu dengan muka mereka berdarah di atas tanah yang rata.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,493
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....