000000
X
PALESTIN
Setiausaha AS menentang keputusan Netanyahu menjajah seluruh Palestin
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
4 Disember 2022 | 9.48 malam
AMERIKA SYARIKAT- Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken, dalam sebuah kenyataannya, menyatakan bahawa beliau berjanji akan menentang keputusan Israel dalam mengukuhkan kuasa mereka ke atas Tebing Barat. Bahkan, kerajaan AS juga akan memantau tindakan Benjamin Netanyahu atas kapasiti tindakannya, bukan pada kekuatan bilangan sokongan golongan ekstrim berhaluan kanan.

Blinken yang berucap menerusi J Street, iaitu sebuah pertubuhan Amerika Pro-Israel, berkata bahawa mereka akan terus menentang sebarang tindakan yang akan menjejaskan isu penyelesaian dua negara (two-state solution), termasuk meluaskan petempatan Israel serta merampas seluruh tanah Tebing Barat, atau tindakan mengubah sejarah status quo tanah suci, pengusiran, perobohan dan hasutan kepada keganasan.

Dalam pada itu, parti bersayap kanan yang diketuai oleh Netanyahu, bersama sekutunya Yahudi Ortodoks, menang majoriti kerusi Knesset iaitu 64 kerusi daripada 120 kerusi berikutan pilihan raya yang berlangsung pada 1 November, yang membenarkan beliau untuk memulakan rundingan untuk membentuk kerajaan.

Tambahan itu, Netanyahu telah menandatangani perjanjian kerjasama gabungan dengan parti agama Zionis berhaluan kanan pada hari Khamis, 29 November 2022. Hasil perjanjian itu, Netanyahu akan memberikan jawatan pegawai penempatan di Tebing Barat kepada ahli parti agama Zionis, sebelum menggencarkan misi mereka membentuk kerajaan seterusnya.

Bagaimanapun, Blinken menjelaskan bahawa pentadbiran Presiden AS Joe Biden akan bekerja "tanpa henti" untuk memelihara "ufuk harapan", dengan sedaya upaya, bagi penubuhan negara Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,057
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....