000000
X
PALESTIN
Kesatuan Eropah: "Israel" melanggar undang-undang antarabangsa menggunakan kekerasan maut terhadap rakyat Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
3 Disember 2022 |10.16 pagi
EROPAH - Kesatuan Eropah menggesa agar siasatan dilakukan susulan tindakan rejim Israel yang membunuh 10 rakyat Palestin dalam 72 jam yang lalu dengan menggunakan kekerasan melampaui batas sehingga membawa maut.

Kesatuan Eropah, dalam ciapan yang diterbitkan oleh pejabatnya di Baitulmaqdis di "Twitter", petang semalam Jumaat, menyatakan "kebimbangannya yang mendalam mengenai tahap keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur." 

Turut menambah, "2022 adalah tahun paling maut sejak 2006." Angka kematian sejak awal tahun ini mencecah 211, termasuk 159 syahid di Tebing Barat dan 52 syahid di Semenanjung Gaza, korban yang terakhir ialah syahid Ammar Hamdi Nayef Mufleh (23 tahun) dari kampung Osrin, selatan Nablus, yang telah dibunuh oleh rejim Israel, semalam, Jumaat, dengan peluru hidup di bandar Hawara. 

Kesatuan Eropah berkata: "Menurut undang-undang antarabangsa, penggunaan kekerasan maut mesti dihadkan dengan ketat kepada situasi di mana terdapat ancaman serius dan akan berlaku kepada nyawa. Mangsa awam mesti disiasat dan akauntabiliti dipastikan."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,012
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....