000000
X
PALESTIN
Kerakusan Israel: Memusnahkan Kediaman dan Fasiliti Perniagaan Warga Palestin
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
16 Jun 2022 | 10.00 pagi
Rabu - Pihak berkuasa Israel telah menghancurkan 2 buah rumah penduduk Palestin dan bangunan kedai di daerah yang berbeza di Jerusalem yang terjajah.

Sumber tempatan melaporkan, kegiatan tersebut dilakukan pada waktu petang ke atas rumah keluarga al-Ja`bari di bandar Beit Hanina, utara Jerusalem. Mereka menggunakan kekerasan dengan menyerbu dan merobohkan rumah keluarga itu dengan jentera mereka.

Pada waktu yang sama, mereka juga merobohkan fasiliti perniagaan di bandar Jib di barat laut, Jerusalem dan bertindak menyaman pemilik fasiliti, Moussa Mustafa.

Manakala pagi ini, mereka merobohkan sebuah rumah keluarga al-Rubai`ah di bandar Surbaher, selatan Jerusalem tanpa kebenaran. Keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua orang anak kecil ini telah mendiami rumah tersebut selama tujuh tahun. Segala isi rumah dimusnahkan apabila keluarga ini tidak mampu untuk memindahkan isi rumah mereka.

Pihak Zionis Israel juga memusnahkan dua kedai cuci kereta dan menolak tanah di kawasan kediaman Al-Khalila, barat laut Jerusalem.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,984
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....