000000
X
PALESTIN
Tindakan Berani: Masyarakat Awam Gaza Bantah Konsesi UNRWA ke Washington, Tel Aviv
Oleh: Rusydan Yusup
16 Jun 2022 | 2.07 petang
Jawatankuasa Bersama bagi Pelarian Palestin menganjurkan satu himpunan di hadapan ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di bandar Gaza pada hari Selasa, untuk membantah kenyataan yang dibuat baru-baru ini oleh Pesuruhjaya Jeneral agensi PBB, Philip Lazzarini.

Bercakap di Lubnan pada 14 Jun di Suruhanjaya Penasihat UNRWA, Lazzarini berkata bahawa "cabaran kewangan UNRWA boleh membawa kepada pengurangan atau gangguan secara perlahan-lahan terhadap kualiti perkhidmatan kami."

Himpunan Gaza tersebut dihadiri oleh sebilangan besar wakil pertubuhan masyarakat sivil. Penceramah pada majlis itu mengecam apa yang mereka sifatkan sebagai "persetujuan UNRWA terhadap kediktatoran Amerika dan Israel," yang memaksa agensi tersebut memotong pembiayaan mereka kepada pelbagai program pelarian.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,252
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....