000000
X
PALESTIN
Palestin adalah isu setiap Muslim di dunia-Legenda pasukan kebangsaan Oman
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
1 Disember 2022 | 8.10 pagi
OMAN - Penjaga gol Oman Ali Al-Habsi menegaskan bahawa Palestin adalah isu setiap Muslim, dimana global menunjukkan solidariti yang hebat terhadap rakyat Palestin dalam Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar. 

Al-Habsi memberitahu agensi berita "Shehab" bahawa Piala Dunia Qatar menyediakan suasana yang sesuai untuk mengingatkan orang Arab tentang perjuangan Palestin dan tahap penderitaan rakyatnya. 

Beliau menambah: "Ia adalah perasaan yang indah apabila kita bersatu sebagai orang Arab di bawah satu tujuan. Saya sayangkan Palestin dan saya doakan rakyatnya bahagia berkekalan, insya-Allah."

Isu Palestin mendapat solidariti global yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam Piala Dunia, sama ada daripada orang Arab mahupun warga asing, apatah lagi banyak aktiviti menyokong Masjid Al-Aqsa.  Al-Habsi adalah salah seorang penjaga gol Arab terbaik sepanjang sejarah dan beliau mengumumkan persaraan terakhirnya dari bola sepak pada 2020.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,350
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....