000000
X
PALESTIN
98 orang penduduk Palestin sudah terbunuh pada tahun 2022
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
30 November 2022 | 4.11 petang
Seorang pemuda Palestin bernama Yassin Salman Abu Zayed, 26 tahun mati terbunuh akibat ditembak oleh tentera Israel di kawasan pendalaman wilayah Palestin yang dijajah pada awal hari Rabu. 

Yassin mengalami cedera parah selepas ditembak di kawasan Seksyen 4 Perkampungan Rahat. Ambulan datang untuk memberi pertolongan kecemasan kepada beliau tetapi malangnya kakitangan perubatan gagal menyelamatkan nyawanya.

Dalam masa kurang dari seminggu, terdapat 5 pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas penduduk Palestin. 4 orang pemuda Palestin dari AL-Taybeh dan seorang lagi dari Al-Tira yang dibunuh dalam sebuah kejadian tembakan. 

Jenayah-jenayah ini berlaku tidak sampai dua hari selepas kejadian pembunuhan dua pemuda Yazan Masri dan sepupunya Ayman Samara di Al-Tira pada tengah malam hari Khamis yang lepas. 

Manakala angka-angka kematian akibat kejadian pembunuhan yang tidak berkesudahan ini semakin meningkat  sejak awal tahun 2022 hingga ke hari ini sudah mencecah 98 orang mangsa termasuk 12 wanita. Pada tahun 2021 sahaja menyaksikan seramai lebih daripada 111 penduduk Palestin telah terbunuh. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,852
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....