000000
X
PALESTIN
Israel Sekat Kemasukan Delegasi Eropah ke Gaza
Oleh: Rusydan Yusup
15 Jun 2022 | 1.18 tengahari
Pemimpin Sosialis dan Demokrat di Parlimen Eropah, Iratxe Garcia mendedahkan pada hari Selasa bahawa delegasi anggota Parlimen Eropah dihalang daripada memasuki Gaza, lapor Middle East Monitor.

“Esok merupakan ulang tahun ke-15 sekatan [di Gaza] dan kami telah memohon kebenaran memasuki Gaza tetapi tidak dibenarkan,” Garcia mengumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan di Ramallah.

"Saya sangat bimbang tentang keadaan yang semakin meruncing di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza," kata Garcia minggu lalu.

Beliau menambah:

“Kami mahu menunjukkan sokongan kami kepada rakyat Palestin yang hidup di bawah penjajahan. Disamping Baitul Maqdis Timur dan Tebing Barat, saya juga ingin melawat Gaza pada ulang tahun ke-15 sekatan, tetapi akses memasukinya sekali lagi dinafikan.”

“Kita mesti meneruskan kerja kita untuk memastikan bahawa satu hari nanti rakyat Palestin akan mengawal sempadan mereka sendiri dan mengekalkan harapan untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan antara Israel dan Palestin,” kata Garcia.

Realitinya, keamanan yang adil hanya dapat dicapai sekiranya Palestin mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman Israel serta mempunyai hak menguruskan negara mereka sendiri.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,080
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....