000000
X
PALESTIN
Pandang Serius:Hamas kecam serangan pihak keselamatan Universiti An Najah ke atas pelajar semasa protes aman.
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
15 Jun 2022 | 11.45 pagi
TEBING BARAT - Pergerakan Kebangkitan Islam Hamas menegaskan serta mengutuk serangan jenayah yang dilakukan oleh pihak keselamatan Universiti An-Najah semalam terhadap pelajar lelaki dan perempuan semasa protes aman pelajar sedang berlangsung berikutan pengumuman pendirian berat sebelah oleh pentadbiran Universiti terhadap undang-undang dan pekerjaan bebas pelajar.

Hamas menuntut agar pihak penghasut serta mereka yang terlibat dalam jenayah menyerang pelajar untuk bertanggungjawab atas serangan berkenaan terutama mereka yang terlibat melaksanakan agenda menimbulkan ketegangan di luar nilai rakyat Palestin dan jauh daripada kepentingan pelajar dan negara. 

Hamas turut menyeru pihak antarabangsa dan Islam serta rakyat Palestin untuk memainkan peranan mereka dalam melindungi Universiti An-Najah dan semua kemudahan pendidikan daripada diganggu atau diceroboh kestabilan dan kebebasan tindakan kesatuan pelajar di dalamnya. 

Ia juga menyeru Lembaga Pemegang Amanah Universiti untuk memikul tanggungjawab mereka dalam melindungi bangunan bersejarah berkenaan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,844
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....