000000
X
PALESTIN
Haniyeh Ucap Tahniah Kepada Anwar
Oleh: Rusydan Yusup
28 November 2022 | 11.13 malam
Ketua Biro Politik Hamas. Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim kerana menjadi PM Malaysia yang baharu selepas pengundian baru-baru ini.

Dalam panggilan telefon, ketua Hamas itu menyatakan harapannya kepada Yang Amat Berhormat dan kerajaan baharu Malaysia agar dapat mencapai kejayaan dan kemakmuran untuk negara serta mengekalkan peranannya sebagai sebuah negara terkemuka di dunia Islam, disamping menyeru Perdana Menteri untuk terus menyokong Palestin.

Anwar Ibrahim membalas dengan mengucapkan terima kasih kepada ketua pergerakan itu atas harapan dan doa yang diberikan, menegaskan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dalam menyokong perjuangan Palestin di forum antarabangsa.

Hamas mengamalkan dasar berbaik dengan semua pihak dalam kerangka menjamin kebaikan terhadap Palestin, dan mengekalkan pendirian berkecuali dalam mana-mana isu yang tidak berkaitan dengan Palestin terutamanya isu-isu peribadi dan dalaman sesuatu pihak. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,600
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....