000000
X
PALESTIN
Israel Sekat Bekalan Air Warga Palestin Di Tebing Barat
Oleh: Rusydan Yusup
14 Jun 2022 | 1.58 tengahari
HEBRON - Rejim Israel telah menghalang penyediaan bekalan air minuman di Masjid Ibrahimi di bandar Hebron (Al-Khalil), Tebing Barat, kata seorang pegawai Palestin pada Ahad.

Menurut pengarah masjid itu, Ghassan Al-Rajabi, sudah empat hari berturut-turut Israel menyekat penyediaan bekalan air minuman.

Al-Rajabi berkata bahawa tindakan rejim Israel merupakan percubaan menyekat jumlah jemaah yang hadir dan memberi tekanan kepada rakyat Palestin yang berada di dalam masjid untuk keluar. Sementara itu, pendatang haram Yahudi dilindungi oleh pasukan keselamatan Israel apabila mereka memilih untuk memasuki masjid tersebut.

Beliau menambah bahawa rejim Israel berusaha, melaksanakan langkah sedemikian, bagi mengenakan kawalan sepenuhnya ke atas masjid, namun al-Rajabi menegaskan bahawa rakyat Palestin akan terus menentang dan mempertahankan tanah dan kesucian agama mereka untuk menjejaskan program sistematik Judaisasi (menghayudikan) negara Palestin.

Peristiwa ini menambah coretan peristiwa hitam dalam sejarah Masjid Ibrahimi. Pada tahun 1994, seorang pendatang haram Yahudi dari Amerika menggunakan senapang tentera Israel untuk membunuh 29 jemaah dan mencederakan lebih 100 yang lain ketika mereka sedang menunaikan solat subuh di Masjid Ibrahimi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,625,337
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....