000000
X
PALESTIN
Israel Giat Hapus Identiti Kota Al-Quds
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
23 November 2022 | 12.00 tengahari
AL-QUDS - Jurucakap Hamas tentang Kota Al-Quds terjajah,  Mohammed Hamadeh, mendedahkan bahawa, penerusan projek perluasan penempatan haram dan pembinaan jambatan dan terowong untuk menghubungkan kota itu dengan penempatan-penempatan sekitarnya, dan yang terkini, tentang niat rejim Israel untuk membuka projek baru bahagian selatan untuk menambah jalan terowong adalah sebahagian pelaksanaan untuk merealisasikan dasar pengyahudian yang agresif ke atas kota itu. Mereka berniat untuk melenyapkan identiti Palestin, dan memudahkan perjalanan masuk peneroka penempatan haram yahudi ke kota itu. Ini juga adalah percubaan untuk memalsukan sejarah dan memaksa realiti baru kota suci itu.

Hamadeh menegaskan bahawa, kota suci itu akan kekal menjadi ibu kota Palestin, dan projek untuk melaksanakan penghapusan identiti Palestin yang sebati dengan kota itu akan gagal. Mereka bakal berhadapan dengan keberanian orang Palestin yang kekal dan utuh berjuang mempertahankan kota ini dari segala usaha pengyahudian oleh rejim penjajah Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,691
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....