000000
X
PALESTIN
116 Racangan Kembangkan Bandar Palestin Ditolak Israel
Oleh: Rusydan Yusup
22 November 2022 | 9.25 malam
Rejim Israel telah menolak semua 116 rancangan untuk mengembangkan kampung dan bandar Palestin di Kawasan C Tebing Barat yang diduduki, ujar seorang menteri kanan Palestin semalam.

Bercakap kepada Palestine Voice, Menteri Kerajaan Tempatan, Majdi Al-Saleh berkata bahawa lebih 80 peratus rancangan yang dikemukakan pada 2013 tidak diluluskan.

Wakil Kesatuan Eropah (EU) mengambil bahagian dalam penyediaan banyak rancangan, tambahnya, tetapi ini tidak memberi apa-apa merit kepada mereka.

Sementara itu, rejim Israel terus merobohkan rumah penduduk Palestin di kawasan itu.

Kira-kira 400,000 rakyat Palestin tinggal di Kawasan C, yang merangkumi kira-kira 61 peratus daripada Tebing Barat yang diduduki dan tertakluk kepada kawalan keselamatan dan pentadbiran Israel, seperti yang ditetapkan oleh Perjanjian Oslo.

Kumpulan hak asasi Israel B'Tselem melaporkan pada Februari 2019 bahawa rakyat Palestin telah mengemukakan 5,475 permintaan kepada pihak berkuasa Israel untuk mendapatkan permit pembinaan antara tahun 2000 hingga pertengahan 2016, tetapi hanya 226, atau kira-kira empat peratus daripada permintaan itu diluluskan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,563
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....