000000
X
PALESTIN
Tahanan Palestin dibebaskan setelah 7 tahun dipenjara
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
22 November 2022 | 3.26 petang
  Pihak berkuasa Israel telah membebaskan seorang tahanan Palestin Nu’man Makhtoub yang berasal dari perkampungan Qubeiba, abrat laut Baitulmaqdis. Beliau telah ditahan selama 7 tahun di penjara Israel.

Sekembalinya beliau ke kampung halamannya, beliau telah disambut dengan meriah oleh sebahagian besar penduduk kampung sambil mendendangkan nasyid dan mengibarkan bendera Hamas dan Palestin.

Gerakan Hamas turut mengucapkan tahniah kepada Nu’man di atas pembebasannya daripada penjara Israel.

Tentera Israel telah menangkap beliau pada 21 Januari 2016 semasa pihak tentera Israel menyerbu kediaman beliau.

Selepas mahkamah menangguhkan perbicaraan Nu’man selama 2 tahun, akhirnya beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,127
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....