000000
X
PALESTIN
Seruan Sertai "Solat Subuh Terhebat", Usaha Halang Sambutan Yahudi
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
22 November 2022 | 12.00 tengahari
KHALIL - Satu seruan telah dilancarkan untuk memanggil pemuda-pemuda Palestin datang menyertai usaha mengimarahkan solat Subuh secara beramai-ramai pada jumaat ini di Masjid Ibrahimi di bandar itu.

Kempen yang dinamakan “Subuh Umum Terhebat” ini bertujuan untuk membalas usaha pengyahudian yang mencemari kesucian masjid itu, jenayah-jenayah yang dilakukan di masjid itu dan pelampau Yahudi yang yang berada di sekitar masjid tersebut.

Seramai 50,000 pelampau Yahudi memasuki bandar Khalil sejak Sabtu, dengan bertapak di pekarangan masjid Ibrahimi sebagai sebahagian dari sambutan hari keagamaan mereka. Yang mana pada waktu itu, anggota rejim dan pelampau Yahudi mengambil kesempatan melakukan  serangan terbesar terhadap penduduk tempatan, juga kedai-kedai dan rumah mereka.

Mereka menyerang masjid, memecahkan tingkap, mencederakan orang Palestin dan menangkap mereka. Walaubagaimanapun, penduduk disitu tetap melawan sedaya upaya mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,785
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....