000000
X
PALESTIN
Hamas Kutuk: Pelantikan Erdan di PBB Mengancam Keselamatan Antarabangsa
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
8 Jun 2022 | 10.00 pagi
Hamas mengutuk sekeras-kerasnya pelantikan Gilad Erdan, wakil Zionis Ke PBB, sebagai Naib Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
 
Hamas berkata dalam satu kenyataan akhbar: “Pelantikan Erdan adalah satu provokasi kepada perasaan rakyat kami dan pencinta keamanan dan keadilan di dunia. Ia juga merupakan penghinaan kepada sistem antarabangsa yang mana sistem tersebut diharap untuk memikul tanggungjawab menamatkan pendudukan dan jenayah Zionis Israel di Palestin. Pemimpin Zionis ini juga bertanggungjawab di atas jenayah dan keganasan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin dan penduduk di rantau Arab.
 
Hamas menyeru PBB dan negara-negara yang menyokong prinsip kebebasan rakyat dan kepentingan hak mereka agar berusaha untuk mengubah keputusan ini bagi melindungi hak asasi manusia dan menghalang penjenayah perang dari mendapat pengecualian hukuman dan dipertanggungjawabkan di hadapan mahkamah antarabangsa.
 
Gilad Erdan atau nama penuhnya Gilad Menashe Erdan merupakan ahli politik Israel dari Parti Likud. Erdan dihantar sebagai diplomat dan menjadi Wakil Tetap Israel di PBB sejak tahun 2020. Sebelum itu, Erdan adalah Duta Israel ke Amerika Syarikat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,319
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....